ASAL-USUL NAMA TAWAU
Salah satu
bangunan ikonik di Tawau
Merujuk kepada sebuah peta lama yang terdapat di
Muzium Diraja British, Tawau telah dicatat dalam peta Borneo sejak tahun 1857. Rekod
mencatatkan, pada tahun 1890, terdapat 200 penduduk tempatan tinggal dan
menetap di Tawau pada masa itu.
Mengikut cerita orang tempatan, Tawau mendapat
namanya daripada panggilan orang kampung yang tinggal di Kuala Sungai Tawau.
Kebanyakkan mereka mencari rezeki dengan menangkap ikan di sepanjang kawasan
tersebut. Perkataan ‘Tawai’ yang kemudiannya di sesuaikan menjadi ‘Tawao’ adalah
merujuk kepada cara menangkap ikan yang digunakan masyarakat kampung pada masa
itu iaitu dengan menggunakan tali pancing yang diikat pada joran atau perahu.
Dari sebuah kampung nelayan, Tawau berubah menjadi
tanah perladangan yang makmur dan sebuah pekan yang meningkat maju bersama
pelabuhannya yang sibuk dengan urusan perdagangannya.
Comments
Post a Comment