Posts

Showing posts from November, 2019

SEJARAH SMK. MEROTAI BESAR

Image
SMK Merotai Besar ditubuhkan pada awal tahun 1980. Penubuhan SMK Merotai Besar ini adalah atas cadangan Kementerian Pendidikan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang bersekolah di kawasan yang tercicir kerana tidak dapat menyambung pelajaran ke sekolah menengah di Tawau. Pada tahun 1980 hanya terdapat 106 pelajar dan 4 orang guru termasuk Pengetua. Pelajar-pelajar ini datangnya dari empat buah sekolah rendah iaitu SRK. Tiger, SRK. Merotai Kecil, SK. Merotai Besar dan SK. Kuala Merotai. Ketika ditubuhkan, bangunan sekolah hanyalah menumpang di SK. Merotai Besar dan bersekolah di sesi petang. Pada awal 1981, satu tinjauan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk membuat bangunan sekolah ini sendiri. Pada awal tahun 1982, bangunan ini telah mula dibina. Pembinaan tersebut melibatkan 2 blok bangunan sekolah 2 tingkat, 3 blok flat kediaman guru, 1 blok rumah pekerja (4 unit), 1 rumah pengetua, sebuah padang permainan dan sebuah gelanggang bola keranjang. Menjela

ASAL-USUL NAMA TAWAU

Image
Salah satu bangunan ikonik di Tawau Merujuk kepada sebuah peta lama yang terdapat di Muzium Diraja British, Tawau telah dicatat dalam peta Borneo sejak tahun 1857. Rekod mencatatkan, pada tahun 1890, terdapat 200 penduduk tempatan tinggal dan menetap di Tawau pada masa itu. Mengikut cerita orang tempatan, Tawau mendapat namanya daripada panggilan orang kampung yang tinggal di Kuala Sungai Tawau. Kebanyakkan mereka mencari rezeki dengan menangkap ikan di sepanjang kawasan tersebut. Perkataan ‘ Tawai ’ yang kemudiannya di sesuaikan menjadi ‘ Tawao ’ adalah merujuk kepada cara menangkap ikan yang digunakan masyarakat kampung pada masa itu iaitu dengan menggunakan tali pancing yang diikat pada joran atau perahu. Dari sebuah kampung nelayan, Tawau berubah menjadi tanah perladangan yang makmur dan sebuah pekan yang meningkat maju bersama pelabuhannya yang sibuk dengan urusan perdagangannya.