SEJARAH SMK. MEROTAI BESAR
SMK Merotai Besar ditubuhkan pada awal tahun 1980. Penubuhan SMK Merotai Besar ini adalah atas cadangan Kementerian Pendidikan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang bersekolah di kawasan yang tercicir kerana tidak dapat menyambung pelajaran ke sekolah menengah di Tawau. Pada tahun 1980 hanya terdapat 106 pelajar dan 4 orang guru termasuk Pengetua. Pelajar-pelajar ini datangnya dari empat buah sekolah rendah iaitu SRK. Tiger, SRK. Merotai Kecil, SK. Merotai Besar dan SK. Kuala Merotai. Ketika ditubuhkan, bangunan sekolah hanyalah menumpang di SK. Merotai Besar dan bersekolah di sesi petang. Pada awal 1981, satu tinjauan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk membuat bangunan sekolah ini sendiri. Pada awal tahun 1982, bangunan ini telah mula dibina. Pembinaan tersebut melibatkan 2 blok bangunan sekolah 2 tingkat, 3 blok flat kediaman guru, 1 blok rumah pekerja (4 unit), 1 rumah pengetua, sebuah padang permainan dan sebuah gelanggang bola keranjang. Menjela...